Norman Hakim & Memey Suhaiza Tinggal Serumah!

Sunday, January 9, 2011


Terdengar cerita daripada abang kamera bahawa Norman Hakim & Memey Suhaiza akan berkahwin dalam tahun ini, namun tarikhnya belum dikenalpasti. Kata abang kamera, kemungkinan mereka akan minta untuk ditaja pakej gambar perkahwinan, namun semuanya akan bergantung kepada keadaan.

7 jam yang lepas, Abby Abadi mengeluarkan kenyataan di Facebook bahawa Norman Hakim & Memey Suhaiza kantoi berada di rumah, secara tak langsung sudah terbongkar cerita berkenaan dua pasangan ini memang tinggal bersama.






Kata Abby, dia sedang menyiapkan anaknya pergi ke sekolah. Iyalah, hari ini kan hari pertama persekolahan sesi 2011. Disebabkan Norman Hakim lambat sampai untuk menghantar anak mereka ke sekolah, maka Abby menelefon Norman Hakim. Kedengaran suara Memey Suhaiza mengangkat telefon & membalas, “kejap-kejap, abang tengah siap.”

Anak-anak pun tertanya-tanya, “eh, apasal dia angkat”. Kemudian Abby bertanya kepada Memey Suhaiza, “Perempuan gatal, tak malu ke angkat call aku ni? Bangga sangat nak tunjuk duduk serumah?” Dengan selamba Memey menjawab, “Biarlah, sibuk je.” Dengan segera telefon dimatikan. Kata Abby, perkara ini bukan baru berlaku, sudah lama sebenarnya.



Jangan nak poyo sangat Memey oi! Nak kena tangkap lagi ke?

0 comments:

Post a Comment

 

Followers

Ping

Total Pageviews