Cekap dan pantas sungguh info tentang kenyataan Facebook Abby Abadi sampai ke telinga Memey Suhaiza. Terus dengan pantas Memey mempertahankan tindakannya yang mengangkat telefon Norman.
"Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya. Saya bukan buat salah besar sehinggakan dia begitu marah. Setalah sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara tersebut di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia."
Yang penting, Memey berkata yang sempena tahun 2011 ini dia tak mahu gaduh-gaduh dah dengan Abby. Memey mahu bukak buku baru.
Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pon tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa. Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional
Oh ye, Memey bakal mengakhiri zaman daranya pada tahun 2011 ini. Tahun dah tahu tapi tarikhnya masih belum ditetapkan. Kata Memey sejak bertunang ini rezeki dan tawaran berlakon mencurah-curah. Sibuk sampai tak sempat nak buat persediaan kahwin.
0 comments:
Post a Comment